Posted by : SK (P) METHODIST 2 Thursday 14 March 2013


Selamat datang ke laman web SK (P) Methodist 2, Brickfields, Kuala Lumpur.

Latar Belakang Sekolah

     Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2, Jalan Sultan Abdul Samad Brickfields, Kuala Lumpur merupakan sebuah sekolah yang berpotensi tinggi mencapai hasrat Negara untuk melahirkan murid-murid yang bersahsiah dan berakhlak mulia serta mewujudkan iklim sekolah yang membanggakan serta mempertingkatkan pencapaian prestatsi akademik dan kokurikulum.

    Sejak kebelakangan ini, oleh kerana banyak kawasan setiggan berhampiran sekolah ini, telah dirobohkan untuk pembangunan da tambahan pula di sepanjang jalan Sultan Abdul Samadin terdapat 9 buah sekolah kebangsaan, maka telah menyebabkan enrolment murid kian menurun. Sekarang ini, jumlah murid yang ada dari tahu satu sehingga tahun enam ialah seramai 120 orang sahaja. walaupun mempunya bilangan yang sedikit, pihak sekolah beriltizam menjadikan Sekolah Kebansaan (P) Methodist 2 sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dalam melahirkan modal insan yang gemilang.


Sejarah Perkembangan Sekolah

     Pada peringkat permulaan, Junior, Methodist Girls School atau lebih terkenal dengan nama MGS telah menggunakan bangunan yang sama dengan  senior MGS. Sekolah ini telah ditubuhkan  oleh pihak kerajaan pada tahun 1896 dan ianya merupakan sebuah sekolah rendah yang tertua di Kuala Lumpur.

     Sekolah ini terletak di persimpangan Kampung Attap dan Jalan Brickfileds. Tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1899, kerajjan telah menyerahkan sekolah ini kepada Methodist Mission untuk dikelolakannya. Jumlah murid pada masa itu adalah lebih kurang lima puluh orang sahaja.

Tahun 1910, satu tahun yang istimewa.

     Syabas! Sekolah MGS telah mendapat kelulusan 100% dalam standard 7 Government Examination. Peperiksaan ini telah diambil oleh seorang murid sahaja dan beliau berjaya dalam peperiksaan tersebut. MGS bertuah apabila Miss Mabel Marsh tiba pada hari keputusan peperiksaan diumumkan. Kegembiraan ini drasai oleh murid-murid dan guru-guru pada hari tersebut. Hari bersejarah ini juga menandakan permulaan perkhidmatan guru yang pehun dedikasi untuk disanjungi dan dibanggakan oleh gadis-gadis yang telah melalui sekolah ini.

Tahun 1911 - Tahun Pertabalan dan Perasmian

     Pada tahun ini, 2 bilik darjah yang dipanggil "Holt Hall" telah dijadikan sebagai asrama untuk pelajar-pelajar sekolah ini. Ketika itu hanya 25 orang murid perempuan mendiami tingkat atas. Dewan "Holt Hall" ini menjadi pusat kegiatan gereja dan sekolah. Pada tahun ini juga Sekolah Telah diarahkan untuk menyelaraskan aktiviti sukan. Ini sangat menakutkan penuntut-penuntut dan guru-guru sekolah kerana masa itu sukan dianggap tidak sesuai untuk gadis-gadis.

Tahun 1912-1929 - Tahun Malang dan Perbaharuan

     Pada tahun 1912, pendaftaran muri telah meningkat sehingga 200 orang. Bangunan pada mulanya mencukupi untuk 50 orang kini tidak berdaya menampung 200 orang murid. Guru besar Miss Marsh sentiasa berdoa agar mendapat bantuan dan berikhtiar mengatasi masalah ini.

     "Malang tidak berbau", harapan untuk menyelesaikan masalah menjadi tragedi apabila kebakaran berlaku dan sekolah ini telah musnah pada tahun 1914. Miss Marsh berusaha gigih untuk mendapat bantuan daripada Residen tetapi tidak berjaya berjaya kerana meletusnya peperangan Dunia Pertama ketika itu. Walaubagaimanapun, Residen berjanji akan mempertimbangkan permintaan itu selepas peperangan. Miss Marsh tidak berpuas hati dengan janji Residen itu dan beliau terus berusaha. Akhirnya seorang guru mencadangkan untuk mengadakan "A May Day Fate" untuk memungut derma. Hasil kutipan derma dan sumbangan kerajaan sebanyak RM5000 serta derma dari orang-orang kaya, akhirnya sekolah bangunan yang baru berdekatan dengan stesen keretapi didirikan. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Residen British iaitu En, Broadrick. Bagunan ini telah dijadikan sebagai Pejabat Pencegah Rasuah.



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Anda Pelawat Ke

Countdown to UPSR

Popular Post

Powered by Blogger.

- Copyright © SK (P) METHODIST 2, BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -