Archive for July 2013

BAGAIMANA MENGGUNAKAN VLE FROG?

LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN FROG VLE


  1. Klik pada pautan Akses ini https://wbb0213.1bestarinet.net/app/login
  2. Masukkan YES ID dan Password yang dibekalkan. (anda boleh mendapatkan YES ID dan Password anda daripada Guru ICT)
  3. Bagi mereka yang pertama kali daftar masuk, anda akan ditanya tentang persetujuaan penggunaan Frog VLE.
  4. Tanda pada kotak kecil di sebelah kiri paparan.
  5. Kemudian klik "Accept".
  6. Anda sudah boleh mengubahsuai portal anda dengan mengklik butang "Edit" di sebelah kiri atas portal anda.
  7. Selamat mencuba.
Wednesday 10 July 2013
Posted by SK (P) METHODIST 2

APAKAH 1BESTARINET DAN FROG VLE ?


Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif  Kementerian  Pelajaran  Malaysia dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.
Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.
Saksikan video di bawah untuk gambaran ringkas tentang projek 1BestariNet:
Alam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk:
  • Mengakses platform frog VLE
  • Mengakses emel peribadi Yes
  • Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education.
Dengan ini, setiap guru dan pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa, di mana jua.
APAKAH FROG VLE?
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtualmanakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.
Posted by SK (P) METHODIST 2

Lawatan Penanda Aras Ke Sekolah Berprestasi Tinggi - SK Setiawangsa

Lawatan ini telah diadakan pada 1 Julai 2013.

 

Posted by SK (P) METHODIST 2

Kejohanan Balapan dan Padang SK (P) Methodist 2

Kejohanan Balapan dan Padang SK (P) Methodist 2 telah diadakan pada 29 Jun 2013. Kejohanan ini adalah bertujuan untuk memartabatkan sukan di samping memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dari peringkat sekolah rendah dan pada masa yang sama dapat mencungkil bakat-bakat murid dalam bidang sukan.

Juara Keseluruhan bagi Kejohanan Balapan dan Padang bagi tahun 2013 telah dirangkul oleh Rumah Merah (Ixora) dan Juara Pertandingan Perbarisan ialah Rumah Kuning (Alamanda).










Posted by SK (P) METHODIST 2

Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Anda Pelawat Ke

Countdown to UPSR

Popular Post

Powered by Blogger.

- Copyright © SK (P) METHODIST 2, BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -