Archive for April 2014

Pertandingan MTQ Peringkat Zon Bangsar (08.03.2014)


MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT ZON BANGSAR KALI KE -40 TAHUN 2014
Zon Bangsar


Wajah-wajah wakil sekolah






Wednesday 9 April 2014
Posted by SK (P) METHODIST 2

Latihan Kebakaran Fasa 1 (26.02.2014)

Pada 26 Februari 2014 (Rabu), satu latihan kebakaran yang dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Keselamatan telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Loceng kecemasan telah dibunyikan sebanyak 2 kali pada jam 9.00 pagi oleh Ketua unit Keselamatan, Cik Raudhatul Khalilah binti Ahmad. Semua warga sekolah bergegas keluar dari bangunan mengikut peta laluan kebakaran yang telah ditetapkan dan berkumpul di padang sekolah mengikut kelas masing-masing. Seterusnya, guru kelas mengambil kedatangan  murid. Langkah ini bertujuan mengenalpasti murid yang masih tertinggal dan berada dalam bangunan.

Cik Khalilah selaku Ketua Keselamatan telah memberikan taklimat berkenaan langkah-langkah keselamatan dan tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan situasi kecemasan. Beliau mengingatkan murid supaya tidak mengambil remeh latihan kebakaran dan memberikan sepenuh kerjasama bagi menjayakan latihan. Beliau turut menegur sikap segelintir murid yang bermain-main dan mengusik rakan. Cik Nora bt Akir selaku GPK HEM meminta murid menjaga disiplin dan keselamatan diri dan harta benda sekolah. Murid perlu mematuhi dan akur pada peraturan sekolah. Sebelum keluar kelas, murid bertanggungjawab menutup semua suis kipas dan lampu bagi mengelakkan  litar pintas. Seterusnya GPK Tadbir dan Kurikulum, CIk Indrani a/p Letchumanan telah menegur sikap murid  yang bersikap sambil lewa walaupuan telah mendengar loceng kecemasan.Beliau mengingatkan murid supaya bergegas ke padang dalam  barisan mengikut kelas dan tidak berlari atau panik. Sebarang tindakan murid adalah di bawah pengawasan guru.


Keseluruhannya, Latihan Kebakaran  Fasa 1 bagi tahun 2014 telah berjalan seperti yang dirancang namun beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti dan penambahbaikan akan dilakukan supaya objektif dan matlamat program akan dapat dicapai dengan jayanya.






Posted by SK (P) METHODIST 2

Minggu VLE-FROG dan TMK (04.02.2014-07.02.2014)

Program Minggu VLE-Frog dan TMK 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Februari sehingga 7 Februari 2014. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Zaharah bt Hj Borhanudin pada perhimpunan pagi, hari Selasa bersamaan 4 Februari 2014.  Semua aktiviti sepanjang minggu panitia berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Semua pertandingan dikendalikan oleh penyelaras VLE-Frog dan TMK. Memandangkan jumlah murid yang sedikit, pelaksanaan aktiviti dan pertandingan dapat dikendalikan dengan lebih mudah dan objektif program tercapai. Pada tahun ini, murid lebih berkeyakinan ketika membuat persembahan, banyak menghasilkan hasil kerja yang kreatif dan melibatkan diri secara aktif sepanjang pertandingan berlangsung. Perancangan yang teliti menerusi pertandingan dan aktiviti yang dijalankan dapat mengasah bakat murid selain membina keyakinan diri untuk tampil ke hadapan dan bersaing secara sihat bersama rakan-rakan yang lain. Minggu VLE-Frog dan TMK berakhir pada 7 Februari 2014. Pada perhimpunan rasmi hari Isnin bersamaan 10 Februari 2014,  Pn Zaharah bt Hj Borhanudin telah menyempurnakan upacara perasmian penutupan Minggu VLE-Frog dan TMK 2014 dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Semoga segala aktiviti yang telah dijalankan mendapat  keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT.














Posted by SK (P) METHODIST 2

Hari Keibubapaan Tahun 6 (25-01-2014)

Pada hari Sabtu bersamaan 25 Januari 2014, bertempat di Dewan MGS, telah diadakan “Program Keibubapaan Murid Tahun 6 2014".  Majlis ini dibawah kelolaan Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling. Majlis telah berlangsung bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.45 pagi dengan kehadiran seramai 18 orang ibu bapa dan penjaga.  Pn Zaharah bt Hj Borhanudin selaku guru besar telah menyempurnakan upacara perasmian majlis. Antara intipati ucapan beliau adalah harapan menggunung pihak sekolah agar ibu bapa dan penjaga dapat membantu merealisasikan hasrat sekolah menempa kecemerlangan yang gemilang dalam UPSR 2014. Bacaan doa pula telah dipimpin oleh En Ali b Ngadimin, wakil dari ibu bapa dan penjaga. Sepanjang program ini berlangsung, ibu bapa dan penjaga telah mendengar penerangan berkenaan subjek-subjek UPSR oleh guru-guru setiap matapelajaran yang berpengalaman dan berpeluang mengikuti sesi dialog bersama guru berkenaan tips-tips mudah membantu anak mengulangkaji pelajaran di rumah. Menerusi program diharap dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga murid tentang mata pelajaran dan bidang yang perlu dikuasai murid bagi untuk menggapai kecemerlangan dalam  UPSR dan tindakan seterusnya yang perlu di ambil oleh mereka demi kejayaan anak-anak. Usaha ini diharap dapat meningkatkan lagi peratus pencapaian akademik sekolah khasnya kecemerlangan yang gemilang dalam pencapaian UPSR 2014. 




Posted by SK (P) METHODIST 2

Minggu Panitia Pendidikan Islam (20.01.2014-24.01.2014)


Program Minggu Panitia Pendidikan Islam 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada minggu ke-4 persekolahan bermula 20 sehingga 24 Januari 2014. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh guru Besar Pn Zaharah bt Hj Borhanudin pada perhimpunan rasmi Hari Isnin bersamaan 20 Januari 2013. Semua aktiviti sepanjang minggu panitia berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Semua pertandingan telah dijalankan semasa sesi PdP Pendidikan Islam dan dikendalikan oleh guru Pendidikan Islam yang mengajar bagi tahun terbabit. Memandangkan jumlah murid yang sedikit, pelaksanaan aktiviti dan pertandingan dapat dikendalikan dengan lebih mudah dan objektif program tercapai. Pada tahun ini, murid lebih berkeyakinan ketika membuat persembahan dan melibatkan diri secara aktif sepanjang pertandingan berlangsung. Perancangan yang teliti menerusi pertandingan dan aktiviti yang dijalankan  dapat mengasah bakat murid selain membina keyakinan diri untuk tampil kehadapan dan bersaing secara sihat bersama rakan-rakan yang lain. Pada 24 Januari 2014 pula, telah berlangsung Ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Abdullah b Md Nor dari SK Danau Kota. Menerusi ceramah ini,Kecintaan murid terhadap Rasulullah SAW dan Islam dapat diperkukuhkan. Menerusi dakwah kecil ini diharap dapat memantapkan sahsiah dan akhlak murid Islam disamping meningkatkan kecemerlangan akademik murid dalam merealisasikan visi dan misi sekolah. Minggu Panitia Pendidikan Islam berakhir pada 24 Januari 2014. Pada perhimpunan rasmihari Isnin bersamaan        27 Januari 2014,  Pn Zaharah bt Hj Borhanudin telah menyempurnakan upacara perasmian penutupan Minggu Panitia Pendidikan Islam 2014 dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Semoga segala aktiviti yang telah dijalankan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT.

Pelancaran Minggu Panitia Pendidikan Islam









Sambutan Maulidur Rasul
















Penutupan Minggu Panitia Pendidikan Islam















Posted by SK (P) METHODIST 2

Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Anda Pelawat Ke

Countdown to UPSR

Popular Post

Powered by Blogger.

- Copyright © SK (P) METHODIST 2, BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -