Posted by : SK (P) METHODIST 2 Wednesday 9 April 2014

Pada hari Sabtu bersamaan 25 Januari 2014, bertempat di Dewan MGS, telah diadakan “Program Keibubapaan Murid Tahun 6 2014".  Majlis ini dibawah kelolaan Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling. Majlis telah berlangsung bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.45 pagi dengan kehadiran seramai 18 orang ibu bapa dan penjaga.  Pn Zaharah bt Hj Borhanudin selaku guru besar telah menyempurnakan upacara perasmian majlis. Antara intipati ucapan beliau adalah harapan menggunung pihak sekolah agar ibu bapa dan penjaga dapat membantu merealisasikan hasrat sekolah menempa kecemerlangan yang gemilang dalam UPSR 2014. Bacaan doa pula telah dipimpin oleh En Ali b Ngadimin, wakil dari ibu bapa dan penjaga. Sepanjang program ini berlangsung, ibu bapa dan penjaga telah mendengar penerangan berkenaan subjek-subjek UPSR oleh guru-guru setiap matapelajaran yang berpengalaman dan berpeluang mengikuti sesi dialog bersama guru berkenaan tips-tips mudah membantu anak mengulangkaji pelajaran di rumah. Menerusi program diharap dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga murid tentang mata pelajaran dan bidang yang perlu dikuasai murid bagi untuk menggapai kecemerlangan dalam  UPSR dan tindakan seterusnya yang perlu di ambil oleh mereka demi kejayaan anak-anak. Usaha ini diharap dapat meningkatkan lagi peratus pencapaian akademik sekolah khasnya kecemerlangan yang gemilang dalam pencapaian UPSR 2014. 




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Anda Pelawat Ke

Countdown to UPSR

Popular Post

Powered by Blogger.

- Copyright © SK (P) METHODIST 2, BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -