Posted by : SK (P) METHODIST 2 Wednesday 9 April 2014

Pada 26 Februari 2014 (Rabu), satu latihan kebakaran yang dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Keselamatan telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Loceng kecemasan telah dibunyikan sebanyak 2 kali pada jam 9.00 pagi oleh Ketua unit Keselamatan, Cik Raudhatul Khalilah binti Ahmad. Semua warga sekolah bergegas keluar dari bangunan mengikut peta laluan kebakaran yang telah ditetapkan dan berkumpul di padang sekolah mengikut kelas masing-masing. Seterusnya, guru kelas mengambil kedatangan  murid. Langkah ini bertujuan mengenalpasti murid yang masih tertinggal dan berada dalam bangunan.

Cik Khalilah selaku Ketua Keselamatan telah memberikan taklimat berkenaan langkah-langkah keselamatan dan tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan situasi kecemasan. Beliau mengingatkan murid supaya tidak mengambil remeh latihan kebakaran dan memberikan sepenuh kerjasama bagi menjayakan latihan. Beliau turut menegur sikap segelintir murid yang bermain-main dan mengusik rakan. Cik Nora bt Akir selaku GPK HEM meminta murid menjaga disiplin dan keselamatan diri dan harta benda sekolah. Murid perlu mematuhi dan akur pada peraturan sekolah. Sebelum keluar kelas, murid bertanggungjawab menutup semua suis kipas dan lampu bagi mengelakkan  litar pintas. Seterusnya GPK Tadbir dan Kurikulum, CIk Indrani a/p Letchumanan telah menegur sikap murid  yang bersikap sambil lewa walaupuan telah mendengar loceng kecemasan.Beliau mengingatkan murid supaya bergegas ke padang dalam  barisan mengikut kelas dan tidak berlari atau panik. Sebarang tindakan murid adalah di bawah pengawasan guru.


Keseluruhannya, Latihan Kebakaran  Fasa 1 bagi tahun 2014 telah berjalan seperti yang dirancang namun beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti dan penambahbaikan akan dilakukan supaya objektif dan matlamat program akan dapat dicapai dengan jayanya.






Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Anda Pelawat Ke

Countdown to UPSR

Popular Post

Powered by Blogger.

- Copyright © SK (P) METHODIST 2, BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -