Posted by : SK (P) METHODIST 2 Wednesday 9 April 2014


Program Minggu Panitia Pendidikan Islam 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada minggu ke-4 persekolahan bermula 20 sehingga 24 Januari 2014. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh guru Besar Pn Zaharah bt Hj Borhanudin pada perhimpunan rasmi Hari Isnin bersamaan 20 Januari 2013. Semua aktiviti sepanjang minggu panitia berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Semua pertandingan telah dijalankan semasa sesi PdP Pendidikan Islam dan dikendalikan oleh guru Pendidikan Islam yang mengajar bagi tahun terbabit. Memandangkan jumlah murid yang sedikit, pelaksanaan aktiviti dan pertandingan dapat dikendalikan dengan lebih mudah dan objektif program tercapai. Pada tahun ini, murid lebih berkeyakinan ketika membuat persembahan dan melibatkan diri secara aktif sepanjang pertandingan berlangsung. Perancangan yang teliti menerusi pertandingan dan aktiviti yang dijalankan  dapat mengasah bakat murid selain membina keyakinan diri untuk tampil kehadapan dan bersaing secara sihat bersama rakan-rakan yang lain. Pada 24 Januari 2014 pula, telah berlangsung Ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Abdullah b Md Nor dari SK Danau Kota. Menerusi ceramah ini,Kecintaan murid terhadap Rasulullah SAW dan Islam dapat diperkukuhkan. Menerusi dakwah kecil ini diharap dapat memantapkan sahsiah dan akhlak murid Islam disamping meningkatkan kecemerlangan akademik murid dalam merealisasikan visi dan misi sekolah. Minggu Panitia Pendidikan Islam berakhir pada 24 Januari 2014. Pada perhimpunan rasmihari Isnin bersamaan        27 Januari 2014,  Pn Zaharah bt Hj Borhanudin telah menyempurnakan upacara perasmian penutupan Minggu Panitia Pendidikan Islam 2014 dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Semoga segala aktiviti yang telah dijalankan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT.

Pelancaran Minggu Panitia Pendidikan Islam









Sambutan Maulidur Rasul
















Penutupan Minggu Panitia Pendidikan Islam















Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Anda Pelawat Ke

Countdown to UPSR

Popular Post

Powered by Blogger.

- Copyright © SK (P) METHODIST 2, BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -