Posted by : SK (P) METHODIST 2 Sunday 30 November 2014

Program Minggu KH dan RBT2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 September sehingga 27 Oktober 2014. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Zaharah bt Hj Borhanudin pada perhimpunan pagi, hari Isnin bersamaan 29 Sepetember 2014.

Semua aktiviti sepanjang minggu panitia berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Semua pertandingan dikendalikan oleh penyelaras KH dan RBT. Memandangkan jumlah murid yang sedikit, pelaksanaan aktiviti dan pertandingan dapat dikendalikan dengan lebih mudah dan objektif program tercapai.

Pada tahun ini, murid lebih berkeyakinan ketika membuat persembahan, banyak menghasilkan hasil kerja yang kreatif dan melibatkan diri secara aktif sepanjang pertandingan berlangsung. Perancangan yang teliti menerusi pertandingan dan aktiviti yang dijalankan dapat mengasah bakat murid selain membina keyakinan diri untuk tampil ke hadapan dan bersaing secara sihat bersama rakan-rakan yang lain.

Minggu KH dan RBT berakhir pada 27 Oktober 2014 iaitu bukan pada tarikh yang ditetapkan kerana . Pada perhimpunan rasmi hari Isnin bersamaan 27 Oktober 2014,  Pn Zaharah bt Hj Borhanudin telah menyempurnakan upacara perasmian penutupan Minggu KH dan RBT 2014 dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Semoga segala aktiviti yang telah dijalankan mendapat  keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT.





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Anda Pelawat Ke

Countdown to UPSR

Popular Post

Powered by Blogger.

- Copyright © SK (P) METHODIST 2, BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -